Mengenali Ezy2Drink:
Harapan Kami Untuk Kesihatan Anda

Selamat datang ke Ezy2Drink. Kami bukan sekadar penjual produk kesihatan; kami adalah rakan dalam perjalanan ikhtiar anda menuju kehidupan yang lebih cergas, aktif, dan bebas dari kesakitan. Kenali kami dengan lebih dekat.

Kisah Di Sebalik Ezy2Drink

Di sebalik tabir Ezy2Drink, lahirnya sebuah jenama yang berakar dari Kuala Terengganu dan diasaskan atas rasa prihatin terhadap masalah yang dialami masyarakat sekeliling seperti kebas-kebas anggota badan, masalah saraf, sendi, serta tekanan darah yang tidak stabil.

Melihat ramai yang sukar untuk solat dengan sempurna, terganggu tidur malam, dan hilang keupayaan untuk menjalani aktiviti harian seperti biasa maka tercetuslah iltizam untuk menghasilkan satu solusi berasaskan herba alam semula jadi yang terbukti keberkesanannya sejak turun-temurun.

Kami percaya alam semula jadi menyimpan seribu satu rahsia penyembuhan dan dari sinilah lahirnya jenama Ezy2Drink di bawah syarikat Raszq Marketing (No. Pendaftaran: 202203163817 / KT0525269-V), lengkap dengan kilang sendiri yang berdaftar, bertaraf MESTI dan HALAL, serta bertapak di Kuala Terengganu.

Dengan satu misi utama, mengembalikan khasiat alam dalam bentuk yang mudah, selamat dan diyakini untuk semua.

Visi & Misi Kami

  • Visi Kami: Menjadi jenama herba kesihatan pilihan utama rakyat Malaysia untuk membantu masalah saraf dan sendi, serta menyokong gaya hidup sihat tanpa kebergantungan kepada bahan sintetik.

  • Misi Kami:

    • Menghasilkan produk berkualiti tinggi berasaskan herba premium seperti Kunyit Hitam dan Cendawan Susu Harimau.

    • Menyediakan solusi semula jadi yang praktikal untuk gaya hidup moden.

    • Menyampaikan ilmu kesihatan yang sahih melalui platform digital kami untuk manfaat komuniti.

Kenapa Ezy2Drink Menjadi Pilihan Ramai?

produk repeat tinggi ezy2drink ubat rawatan sendi saraf kebas tangan4

Kami komited untuk memberikan yang terbaik. Inilah yang membezakan kami:

  • Formulasi Unik & Terbukti: Kami tidak menggunakan formula generik. Setiap bahan seperti

    Kunyit Hitam, Halia Bara, Cendawan Susu Harimau, dan Safron dipilih berdasarkan kajian dan digabungkan untuk kesan sinergi yang optimum.

  • 100% Asli Dari Ibu Pejabat (HQ): Semua produk adalah asli dan dihantar terus dari HQ kami di Kuala Terengganu setiap hari. Tiada risiko produk tiruan atau repack.

  • Ribuan Testimoni Positif: Kejayaan terbesar kami adalah maklum balas daripada ribuan pengguna yang telah kembali sihat dan aktif.

  • Jaminan Pulangan Wang: Kami sangat yakin dengan produk kami. Oleh itu, kami menawarkan jaminan pulangan wang jika anda tidak berpuas hati.

Jaminan Kualiti & Keselamatan Anda Adalah Keutamaan Kami

Setiap botol Ezy2Drink dihasilkan dengan standard yang tertinggi untuk ketenangan fikiran anda.

Pensijilan Halal JAKIM

  • Ezy2Drink disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, mematuhi sepenuhnya piawaian MS 1500:2019.
    • No. Rujukan: JAKIM.700-2/3/1 012-06/2024

  • Klasifikasi NPRA, KKM

  • Minuman/Makanan Tambahan dan BUKAN UBAT-UBATAN oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Ujian Makmal Bebas Bahan Terlarang

  • Ujian makmal oleh BIO SYNERGY LABORATORIES SDN. BHD. mengesahkan Ezy2Drink adalah SELAMAT dan 100% bebas daripada bahan kimia merbahaya seperti ubat perangsang (cth: Sildenafil, Tadalafil) dan steroid (cth: Dexamethasone, Prednisolone).